Melaka bakal wujudkan koridor ekonomi baharu

Sulaiman
Sulaiman
A
A
A

MELAKA - Melaka bercadang mewujudkan wilayah koridor ekonomi baharu membabitkan pelaburan berimpak tinggi untuk kemajuan negeri.

Ketua Menterinya, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, perancangan mewujudkan Melaka Waterfront Economic Zone atau M-WEZ itu kini dalam perancangan dan mempersiapkan kertas kerja.

Menurutnya, perancangan itu bagi meningkatkan kembali kegemilangan Melaka selain setanding dengan negeri lain seperti Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Menurutnya, dengan adanya kewujudan M-WEZ, ia bakal menjadikan Melaka 'berdiri sama tinggi' dengan negeri-negeri lain yang mempunyai koridor ekonomi sendiri seperti Northern Corridor Economic Region (NCER), Iskandar Regional Development Authority (IRDA), Sabah Development Corridor (SDC), Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) dan Malaysia Vision Valley.

"Satu tempat koridor baharu khusus dalam negeri ini, koridor yang boleh membangunkan secara bersepadu termasuk kawasan pantai lebih kurang 15,000 ekar kawasan yang telah dikenalpasti.

"Sudah pasti sebahagian daripada itu mesti dijadikan kawasan bebas cukai termasuk pulau besar," katanya pada sidang media sempena Persidangan Kedua, Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka (DUN) Ke-14, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Tambahnya, sebagai negeri pelancongan, Melaka perlu memperhebatkan industri pelancongan selain perlu ada produk baharu sekali gus tidak boleh bergantung kepada produk sedia ada sahaja.

Katanya, satu komiti baharu bersama Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN) termasuk beberapa pakar ekonomi juga sudah dibentuk untuk diperhalusi dan dikaji sebelum dibawa dalam mesyuarat fiskal bagi kelulusan.

Artikel Berkaitan: