Tun M nafi peletakan jawatan punca kemelut politik

Dr Mahathir ketika membahaskan Titah Diraja pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat.
Dr Mahathir ketika membahaskan Titah Diraja pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi) menafikan bahawa peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri ketujuh menjadi punca berlakunya pertengkaran atau kemelut politik.

Beliau berkata, ada antara ahli parti yang menyalahkannya kerana menganggap semua pertengkaran yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) disebabkan beliau meletakkan jawatan.

"Sebenarnya PH dijatuhkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila keluar PH (menyebabkan) seluruh anggota PH kehilangan jawatan mereka.

"Saya sebagai anggota kerajaan PH juga kehilangan jawatan," katanya ketika membahaskan Titah diraja pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Mahathir berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sudah membuat keputusan keluar dari kerajaan PH apabila mereka merayakan (pembentukan kerjasama) bersama UMNO dan Pas di Hotel Sheraton.

"Pelantikan saya sebagai Perdana Menteri Interim adalah daripada budi bicara Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan negara tidak hilang kepimpinan sebelum kerajaan baharu ditubuhkan," kata beliau.

Sementara itu, beliau menyifatkan kes lompat parti banyak berlaku di Sabah.

"Saya berpendapat bahawa lompat melompat banyak berlaku di Sabah, entah pasal apa saya tak tahu.

Artikel Berkaitan:

"Tapi ini memang berlaku dahulu. Di peringkat pusat tak pernah berlaku seperti ini. Kita hormati keputusan yang dibuat oleh rakyat," katanya.