Penubuhan PN halang hasrat rakyat ubah dasar negara: Tun M

 Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi) mendakwa pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menghalang hasrat majoriti rakyat untuk melakukan perubahan dasar negara.

Beliau berkata, PN sebenarnya satu badan yang bertentangan dengan kehendak majoriti rakyat.

"Sebenarnya parti-parti yang ditolak rakyat telah rampas kerajaan pilihan rakyat dengan cara tidak mengikut peruntukan perlembagaan negara.

"Apa yang berlaku bukan sahaja tidak demokratik tapi menghalang hasrat majoriti rakyat untuk melakukan perubahan dasar negara.

"Parti yang majoriti rakyat tolak dan dasar ditolak oleh mereka sekarang menubuhkan kerajaan yang mengekalkan dasar yang ditolak oleh rakyat," katanya ketika membahaskan Titah diraja pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Tegasnya, penubuhan PN itu dikenali sebagai kerajaan pintu belakang kerana ia bertentangan dengan prinsip-prinsip demokrasi.

"Parti yang ditolak rakyat merampas pilihan rakyat dengan cara tidak mengikut peruntukan perlembagaan negara.

"Kerajaan yang ada sekarang ini diakui oleh Perdana Menteri sendiri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) bukanlah kerajaan yang dipilih oleh rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan: