Optimis kutipan zakat meningkat

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyampaikan ucapan pada majlis penyerahan Zakat Korporat dan Sijil Zakat hari ini. -Foto Bernama
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyampaikan ucapan pada majlis penyerahan Zakat Korporat dan Sijil Zakat hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan optimis zakat dapat dikutip dalam jumlah besar walaupun tempoh moratorium bayaran balik pinjaman tamat September ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kutipan zakat boleh digunakan untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

"Kita sentiasa melihat kepada sudut agama. Kita boleh dapat sejumlah besar zakat daripada pembayar dan diagihkan kepada fakir miskin.

"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak permohonan bantuan diterima daripada asnaf dan Baitulmal yang telah menyantuni lebih 20,000 orang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis zakat korporat dan serahan sijil zakat oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff.

Zulkifli berkata, pengagihan zakat dipermudahkan supaya bantuan kepada golongan sasar dapat disalurkan segera.

"Kita memang ada jawatankuasa tetapi sekiranya sebulan sekali bermesyuarat, mungkin boleh lakukan dua atau tiga kali bagi mempermudahkan pengagihan zakat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis berkenaan, PPZ-MAIWP menerima RM12,992,923.82 bayaran zakat perniagaan daripada 11 syarikat antaranya Tenaga Nasional Berhad yang membayar RM5,381.038.40, UMW Holdings Berhad (RM4,147,654.50), Zurich General Takaful Malaysia (RM1,089,281.98), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (RM1,000,000.00), Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (RM194,676.88)

Sementara itu, Ahmad Shukri berkata, pihaknya mensasarkan kutipan RM700 juta pada tahun ini.

"Tahun 2019 kita dapat kutip RM683 juta," katanya.