Perkeso sasar 25,000 individu bekerja sendiri carum SKSPS

Farihah (tiga dari kiri) menerima 'mock cheque' daripada Food Panda pada Program Dana Padanan Caruman Ekonomi Gig Platform (PenjanaGig) di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) hari ini.
Farihah (tiga dari kiri) menerima 'mock cheque' daripada Food Panda pada Program Dana Padanan Caruman Ekonomi Gig Platform (PenjanaGig) di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu menyasarkan 25,000 individu yang bekerja sendiri mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) sehingga akhir tahun ini.

Pengarahnya, Farihah Che Husin berkata, setakat ini lebih 10 peratus individu yang bekerja sendiri telah mencarum untuk mendapatkan manfaat yang disediakan di bawah skim tersebut yang kini diperluaskan kepada 20 sektor.

“Bermula 1 Januari 2020, skop perlindungan di bawah skim ini diperluaskan kepada 20 sektor untuk mereka yang bekerja sendiri termasuk yang bekerja di bawah platform penyedia perkhidmatan secara online (dalam talian) serta aplikasi digital.

“Setakat ini di Terengganu lebih 2,000 pekerja sendiri telah mencarum di bawah SKSPS. Sambutan diterima lebih menggalakkan setelah kerajaan mengumumkan bantuan berbentuk sumbangan sebahagian daripada caruman SKSPS ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Dana Padanan Caruman Ekonomi Gig Platform (PenjanaGig) di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) hari ini.

Turut hadir, Timbalan Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja,Wan Hapandi Wan Nik.

Farihah berkata, pekerja Gig atau mereka yang terlibat menjalankan kerja dengan dibayar upah dan dikendalikan melalui platform dilihat perlu mencarum di bawah skim ini kerana berisiko tinggi mengalami kemalangan semasa bekerja.

“Gig dapat dicarum di bawah Perkeso di mana sumbangan mereka hanya 30 peratus sahaja daripada pelan yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu pelan kedua melibatkan jumlah RM232.80.

“Jadi pekerja Gig akan mencarum RM69.80 dalam tempoh setahun dan mereka akan terus dilindungi sebaik mendaftar dan mencarum,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ditanya sambutan di Terengganu setakat ini katanya, ramai yang menyambut baik skim tersebut malah kesedaran ramai mengenai kepentingan skim berkenaan semakin meningkat.

“Setakat ini sambutan kita terima menggalakkan dan selepas ini kita akan turun ke setiap daerah untuk meluaskan lagi maklumat mengenai kebaikan dan manfaat yang akan diterima kepada mereka yang mencarum di bawah skim ini,” katanya.