Kerajaan tumpu optimum 3G dan 4G tetap laksana 5G: Saifuddin

Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan tetap melaksanakan teknologi generasi kelima (5G) namun tumpuan kini terarah kepada usaha mengoptimumkan penggunaan 3G dan 4G, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Mengambil contoh Pilihan Raya Kecil di Chini baru-baru ini Saifuddin berkata, terdapat capaian 3G dan 4G yang masih boleh didapati di luar bandar kawasan itu.

“Contohnya, semasa Pilihan Raya Kecil di Chini baru-baru ini, kita membuat siasatan tentang capaian internet di sana dan mendapati ada kawasan ada (mempunyai) ‘connectivity’, ada yang tiada...tetapi apabila kita bincang dengan syarikat-syarikat telekomunikasi sebenarnya boleh sampai ke kawasan luar bandar seperti di Chini dengan menggunakan 3G dan 4G.

“Saya tak kata kita tidak mahu buat 5G tetapi yang saya maksudkan adalah menilai semula kedudukan 3G dan 5G,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamad bertanyakan berkenaan strategi kementerian, dalam memastikan sasaran mencapai garis dasar 98 peratus liputan jalur lebar di kawasan berpenghuni menjelang tahun 2023 dengan kelajuan 30 megabit sesaat supaya 5G dilaksanakan secara efektif di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak. - Bernama

Artikel Berkaitan: