19 dicekup parti liar di Genting Highlands

19 individu ditahan ketika menyertai parti liar di sebuah pangsapuri di Genting Highlands malam tadi. - Gambar hiasan
19 individu ditahan ketika menyertai parti liar di sebuah pangsapuri di Genting Highlands malam tadi. - Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Seramai 19 individu termasuk empat wanita ditahan ketika menyertai parti liar di sebuah pangsapuri di Genting Highlands malam tadi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, suspek berusia 19 hingga 25 tahun itu turut dipercayai mengambil dadah dan air ketum.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

"Mereka juga turut disiasat di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Mereka kini direman selama empat hari sehingga Khamis ini," katanya pada sidang media sempena Majlis Pemakaian Pangkat, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Penghargaan Tolak Rasuah, Pengurusan Perumahan dan Anugerah Integriti Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2019 di sini hari ini.

Abd Jalil menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima sempena Majlis Pemakaian Pangkat, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Penghargaan Tolak Rasuah, Pengurusan Perumahan dan Anugerah Integriti PDRM 2019 di sini hari ini.

Abd Jalil berkata, sepanjang tempoh 18 Mac lalu hingga semalam, seramai 1,320 individu di negeri ini ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKPP.

Katanya, daripada jumlah itu, 573 individu dihadapkan ke mahkamah dan telah menerima hukuman.

Artikel Berkaitan: