X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Pusat jagaan warga emas dikawal polis

Sebuah balai polis bergerak ditempatkan di hadapan pintu masuk pusat jagaan warga emas di Taman Megah berikutan penemuan kluster baharu Covid-19
A
A

KLUANG- Sebuah balai polis bergerak ditempatkan di hadapan pintu masuk pusat jagaan warga emas di Taman Megah berikutan penemuan kluster baharu Covid-19 di situ semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, dua anggota polis turut mengawal pusat jagaan tersebut bagi memastikan semua perkara berkaitan prosedur operasi standard (SOP) urusan di pusat jagaan itu dipatuhi sepenuhnya.

"Tiada pergerakan keluar masuk akan dibenarkan sepanjang tempoh kuarantin dijalankan atau sehingga keadaan pulih sepenuhnya di pusat berkenaan.

"Diharapkan orang ramai dapat mematuhi serta menjauhkan diri daripada pusat ini selain mereka yang sudah dibenarkan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan seramai 12 individu daripada Kluster Rumah Warga Emas Kluang, Johor disahkan positif Covid-19.

Katanya, kluster ini dikesan apabila kes indeks dilaporkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Enchee' Besar Hajjah Khalsom kelmarin.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!