Kepulangan Henderson, De Gea ramal terima saingan hebat

Dean Henderson.
Dean Henderson.
A
A
A

Penjaga gol Manchester United, David de Gea meramalkan dia bakal bersaing hebat untuk mengekalkan posisinya selaku pilihan utama pasukan berikutan berita kepulangan pemain pinjaman United, Dean Henderson.

De Gea berkata, keputusan skuad The Red Devils itu untuk memanggil pulang Henderson dipercayai berikutan beberapa kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini khususya pada aksi separuh akhir Piala FA Inggeris berdepan Chelsea yang menyaksikan skuad The Red Devils itu tumpas 1-3.

Menurut De Gea, dia turut menerima kecaman daripada orang ramai khususnya peminat dan penyokong United atas kekalahan berkenaan.

"Saya suka dengan semua kritikan ini. Diego Costa (Atletico Madrid) pun dikritik tetapi masih boleh menjaringkan dua gol. Saya juga tidak pernah 'membunuh' sesiapa dan saya gembira dengan pasukan kebangsaan.

"Kritikan terhadap saya cukup teruk dan saya juga tidak melihat mereka menyokong saya dari Sepanyol kerana saya suka apabila mereka mempertahankan saya ketika saya melalui detik-detik sukar dalam hidup.

"Apa pun saya gembira mendapat sokongan daripada pengurus dan rakan-rakan," katanya.

Penjaga gol Sepanyol itu kini menerima kecaman hebat khususnya daripada penyokong United atas kesilapannya pada aksi separuh akhir Piala FA Inggeris berdepan Chelsea yang menyaksikan United tewas 1-3, Ahad lalu.

Sebelum ini pada Piala Dunia 2018 lalu, De Gea turut melakukan kesilapan ketika berdepan Portugal hingga meng'hadiah'kan gol kepada pemain Portugal Cristiano Ronaldo dan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 3-3.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu De Gea berkata, dia sebenarnya agak marah dan kecewa kerana kurang mendapat sokongan berikutan kesilapan yang dilakukannya, terutamanya ketika beraksi.

"Perkara ini (kesilapan) boleh berlaku. Kami memakai sarung tangan, memasuki padang dan kami tahu betapa sukar tanggungjawab yang diberikan.

"Saya mengharapkan sokongan daripada jurulatih, rakan-rakan sepasukan dapat berterusan selepas ini. Saya akan kekal tenang, terus berlatih dan cuba melakukan perkara dengan betul. Saya bukannya membunuh," katanya.