Bumbung tiga rumah ranap dihempap pokok

Keadaan rumah di Taman Rainbow yang ranap dihempap sebatang pokok bersaiz dua pemeluk selepas hujan lebat melanda kawasan itu petang semalam.
Keadaan rumah di Taman Rainbow yang ranap dihempap sebatang pokok bersaiz dua pemeluk selepas hujan lebat melanda kawasan itu petang semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bumbung tiga rumah di Lorong Tapah, Taman Rainbow di sini ranap dihempap sebatang pokok sekaya berketinggian 13 meter selepas hujan lebat melanda kawasan itu petang semalam.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai yang memaklumkan kejadian sebelum bergegas ke lokasi pada jam 2 petang.

Menurut kenyataan itu, bencana tersebut turut menyebabkan kerosakan pagar, tembok batu dan kabin sebuah rumah.

“Skuad Kecemasan DBKL bertindak melakukan pemotongan dan pembersihan pokok dengan kekuatan seramai 21 petugas.

“Kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok tumbang turut melibatkan penggunaan skylift dan kren,” menurut kenyataan itu.

DBKL memaklumkan, kerja pembaikan kerosakan longkang akan dilaksanakan dalam waktu yang terdekat.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai kecemasan berhubung isu perbandaran, boleh berhubung dengan Skuad Kecemasan DBKL di talian 039284 3636.

Artikel Berkaitan: