SPRM tahan pengurus kanan GLC

Seorang pengurus kanan GLC ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah.
Seorang pengurus kanan GLC ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus kanan sebuah agensi syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) kerana disyaki menerima rasuah.

Menurut sumber, suspek berusia 41 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira jam 5 petang semalam.

"Difahamkan pengurus kanan cari gali yang diamanahkan untuk menguruskan projek-projek kerja berkaitan cari gali minyak telah mengambil kesempatan dengan meminta wang rasuah sebagai balasan memberikan kontrak-kontrak kerja cari gali minyak di Terengganu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Katanya, suspek dipercayai telah menerima wang rasuah kira-kira RM300,000 bagi kontrak-kontrak kerja cari gali minyak di Terengganu.

"Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan permohonan reman telah dibenarkan selama lima hari," katanya.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan tangkapan itu dan menyatakan siasatan sedang dijalankan berhubung kes berkenaan.

Artikel Berkaitan: