X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

KPJ Puteri sumbang 21 katil untuk pusat jagaan warga emas

Pengurusan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas gembira menerima sumbangan 21 katil hospital daripada Hospital KPJ Pakar Puteri, semalam.
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 21 katil hospital terpakai disumbangkan Hospital KPJ Pakar Puteri, di sini untuk penghuni di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Puteri, Haliza Khalid, pemberian tersebut merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakat (CSR) secara berterusan buat komuniti khususnya golongan yang memerlukan.

“Kita sentiasa berusaha secara berterusan untuk membantu badan bukan kerajaan atau individu yang memerlukan khususnya bagi khidmat penjagaan kesihatan.

“Pemberian katil ini diharap mendapat manfaat buat penghuni di sini (Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan) yang rata-ratanya adalah warga emas mempunyai masalah kesihatan,” katanya.

Sebahagian daripada 21 katil yang disumbangkan oleh Hospital KPJ Pakar Puteri untuk kegunaan penghuni di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas.
Sebahagian daripada 21 katil yang disumbangkan oleh Hospital KPJ Pakar Puteri untuk kegunaan penghuni di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas.

Jelas Haliza, katil terpakai tersebut berfungsi dengan baik dan telah diperiksa tahap keupayaannya selain telah melalui proses pembasmian kuman (sanitizer) bagi setiap unit.

Pemberian katil tersebut dibuat selaras dengan proses penambahbaikan dan penambahan blok baru dalam memberikan perkhidmatan kesihatan berkualiti dan terbaik.

Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin berkata, sumbangan tersebut amat diperlukan pihaknya.

“Kami berterima kasih dengan pemberian katil ini yang saya boleh katakan tepat pada waktunya kerana kita juga dalam pembangunan menambah asrama baharu.

“Katil ini sangat diperlukan kerana kita menerima 13 penghuni baharu dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ia sedikit sebanyak dapat memenuhi keperluan penghuni baharu dan penghuni sedia ada,” katanya.

Sebelum ini pelbagai aktiviti telah dilakukan KPJ Puteri di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan antaranya pada sambutan Hari Malaysia.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!