Moratorium berakhir September: Tengku Zafrul

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tempoh moratorium bayaran balik pinjaman yang diputuskan selama enam bulan sebelum ini akan berakhir September depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagaimanapun berkata, kerajaan masih lagi berbincang dengan bank-bank tempatan untuk membuat pertolongan secara bersasar.

Menurutnya, antara contoh pertolongan bersasar yang dibincangkan adalah memanjangkan tempoh pembayaran sekali gus mengurangkan ansuran bulanan dan mengubah terma dan syarat serta mengurangkan kadar faedah sehingga peminjam stabil.

"Tapi buat masa ini kita harapkan peminjam berjumpa dengan bank-bank dan mendapatkan bantuan," katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) sewaktu pertanyaan-pertanyaan menteri sama ada tempoh moratorium akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, sejumlah RM100 bilion telah diperuntukkan menerusi program moratorium tersebut.

Katanya, selepas sektor ekonomi kembali dibuka mulai 4 Mei lalu, rakyat dan peniaga sudah menjana kembali pendapatan mereka.

"Ada (peniaga) yang sudah boleh membayar semula pinjaman," katanya.

Artikel Berkaitan: