Dua lorong Jalan Klang-Banting mendap

Keadaan jalan raya yang mendap seluas kira-kira 30 meter persegi berlaku di Jalan Klang-Banting berhampiran lampu isyarat Kampung Johan Setia menghala ke Banting yang dipercayai akibat kerja-kerja menanam cerucuk bagi pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3). Mendapan itu dikesan berlaku kira-kira 3 petang. - Foto: Bernama

A
A
A

KLANG - Dua lorong di Jalan Klang-Banting berhampiran lampu isyarat Johan Setia di sini mendap dipercayai akibat kerja-kerja pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata kejadian pada jam 3 petang semalam berlaku ketika pekerja projek sedang melakukan kerja menanam cerucuk di kawasan tanah yang tidak rata.

Menurutnya, mendapan jalan menjadi semakin besar sehingga menjejaskan laluan kedua dua arah.

“Tiba-tiba berlaku mendapan tanah di kawasan tersebut sehingga menjejaskan laluan utama dari arah Klang ke Banting.

“Laluan kedua-dua arah sudah pun dilencongkan ke Jalan Bayu Emas dan juga ke Lebuhraya Shah Alam (Kesas),” katanya menerusi satu kenyataan.

Shamsul Amar berkata, pasukan Tindakan Kecemasan LRT3 sudah diaktifkan dan penutupan jalan serta laluan kontra dilaksanakan untuk mengelakkan orang ramai melalui kawasan yang terjejas.

Katanya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan MRCBGK (MRCB George Kent Sdn Bhd) sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.

“Anggota Respon Team Trafik berada di lokasi mengawal keadaan lalu lintas,” katanya.

Artikel Berkaitan: