X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Dua vaksin Covid-19 di Britain, China terbukti selamat

Ujian yang dilakukan oleh Universiti Oxford, Britain mendapati vaksin ChAdOx1 nCoV-19 selamat untuk pesakit Covid-19. - Foto AFP
A
A

LONDON - Dua vaksin koronavirus (Covid-19) terbukti selamat untuk manusia dan menghasilkan imun kuat dalam kalangan pesakit yang terlibat semasa ujian dilakukan, kata beberapa doktor pada Isnin lalu.

Satu vaksin itu yang dibangunkan oleh Universiti Oxford, Britain kelihatan selamat dan ia memberi satu tindak balas imun, lapor portal berita BBC pada 20 Julai lalu.

Ujian yang melibatkan 1,077 orang mendapati bahawa satu suntikan akan menyebabkan antibodi dan sel-T mampu menentang virus Covid-19.

Bagaimanapun, penemuan tersebut masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada ia cukup untuk melindungi pesakit pandemik itu manakala ujian lebih besar masih dilakukan.

United Kingdom (UK) sudah menempah 100 juta dos vaksin tersebut.

Menurut portal BBC, vaksin itu dikenali sebagai ChAdOx1 nCoV-19 dan vaksin tersebut sebelum ini dicipta dengan segera.

Ia dibuat daripada virus kejuruteraan genetik.

Virus tersebut pernah menyebabkan selesema yang berlaku dalam kalangan cimpanzi.

Ia telah diubah suai dan Covid-19 tidak boleh menjangkiti manusia dan kelihatan sesuai untuk digunakan kepada pesakit pandemik itu.

Satu lagi vaksin dibuat di China dan ujian melibatkan lebih 500 orang menunjukkan berlaku tindak balas imun.

Pusat Untuk Kajian Kawalan Penyakit dan Pencegahan Wilayah Jiangsu, China melakukan ujian kedua menggunakan virus selesema manusia yang diubah suai untuk menghantar bahan genetik yang mengajar sel mengenali novel virus korona. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!