Ujian darah percuma 100 peserta terawal

Gambar hiasan
A
A

PETALING JAYA - Pusat Khidmat Dun Seri Setia akan menganjurkan Program Pemeriksaan Darah dan Kesihatan Percuma buat 100 orang peserta terawal pada 26 dan 27 Januari ini di Dewan Serbaguna MBPJ PJS 6/1, Kampung Lindungan.

Difahamkan, peserta berumur 50 tahun ke atas juga layak untuk menjalani pemeriksaan darah secara percuma meliputi ujian darah menyeluruh, ujian fungsi hati, ujian fungsi buah pinggang dan ujian gula dalam darah.

Di samping itu, pengunjung juga berpeluang untuk mengikuti aktiviti dan beberapa pemeriksaan kesihatan lain yang ditawarkan dalam program itu.

Peserta yang menjalani pemeriksaan kesihatan ini juga perlu hadir semula pada 27 Januari (Ahad) bagi mengambil sampel ujian serta menjalani sesi bertemu doktor.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini boleh berhubung terus dengan Pusat Khidmat Adun Seri Setia di talian 03-78660107.