X

Kindly register in order to view this article
!

DBKL sita jualan penjaja Myanmar

Penguatkuasa DBKL menyita barangan penjaja warga Myanmar di Pasar Pagi Kepong Baru hari ini.
A
A

KEPONG - Barang jualan seorang penjaja Myanmar yang menjalankan perniagaan secara haram di Pasar Pagi Kepong Baru di sini disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Unit Media DBKL menerusi kenyataan Facebook rasminya memaklumkan, pihaknya menerima aduan awam berhubung perkara itu sebelum siasatan lanjut dijalankan.

Menurut kenyataan itu, tindakan penguatkuasaan ke atas pemegang kad Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) itu dilakukan di bawah Akta Undang-Undang Kecil (UUK) 3 (1) kerana menjaja tanpa lesen.

"Kesemua barangan yang disita dihantar ke Stor Sitaan Jalan Lombong, Cheras untuk tindakan selanjutnya.

"Pemantauan dan tindakan ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa di setiap pasar di Kuala Lumpur, " katanya.

DBKL memaklumkan, orang awam yang ingin menyalurkan maklumat mengenai aktiviti perniagaan oleh warga asing boleh menghubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.

Terdahulu, DBKL menguatkuasakan UUK sedia ada bagi memastikan tiada warga asing terbabit dalam industri perniagaan khususnya sektor penjajaan seperti mana yang diperuntukkan menerusi peraturan berkenaan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, DBKL akan menjalankan tindakan penguatkuasaan yang turut membabitkan agensi lain termasuk Jabatan Imigresen Malaysia.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!