Kanak-kanak mati diserang anjing pit bull

Gambar contoh anjing jenis pit bull yang menyerang mangsa.
Gambar contoh anjing jenis pit bull yang menyerang mangsa.
A
A
A

NEW YORK - Seorang kanak-kanak perempuan berumur 15 bulan di Pulau Rhode terkorban selepas dibaham oleh seekor anjing milik keluarganya, kata polis seperti dilaporkan akhbar New York Post pada 18 Julai lalu.

Saudara maranya cuba membantu menyelamatkan kanak-kanak tersebut dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu.

Menurut laporan berita NBC, insiden itu terjadi di belakang rumah keluarga datuk dan neneknya yang sedang makan tengah hari.

Dua saudara maranya turut cedera apabila mereka cuba menghentikan serangan anjing daripada baka pit bull itu, kata polis.

Polis dalam satu kenyataan menyatakan prosedur menyelamatkan nyawa dilakukan selepas anggota-anggotanya tiba apabila menerima panggilan kecemasan 911 setelah mendapati kanak-kanak tersebut digigit beberapa kali.

Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Hasbro di Providence namun tidak dapat diselamatkan.

Anjing itu kemudian dimatikan, kata polis. - Agensi

Artikel Berkaitan: