Pavithra diangkat ikon Bandaraya Ipoh

Pavithra menerima cenderahati daripada Rumaizi selepas disenaraikan antara 100 ikon Bandaraya Ipoh hari ini. - Foto MBI
Pavithra menerima cenderahati daripada Rumaizi selepas disenaraikan antara 100 ikon Bandaraya Ipoh hari ini. - Foto MBI
A
A
A

IPOH - YouTuber popular, S Pavithra yang berkongsi kemahiran memasak menjadi individu pertama disenaraikan antara 100 ikon Bandaraya Ipoh.

Anak kelahiran Buntong berusia 28 tahun itu menerima pengiktirafan itu selepas kejayaannya membina kerjaya menerusi bakat memasak sehingga mendapat lebih 770,000 pengikut.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pengiktirafan itu diberi kepada anak kelahiran Ipoh yang berjaya menempa nama di peringkat negara dan antarabangsa.

Menurutnya, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyasarkan untuk menghimpunkan 100 nama yang telah berjaya untuk dibukukan.

“Kita ikhlas memberi penghargaan kepada anak jati Ipoh yang berjaya menerusi pelbagai bidang antaranya usahawan, seni dan pendidikan yang telah mengharumkan daerah ini.

“Kita telah mengenal pasti 10 individu setakat ini. Kita akan terus mencari bermula tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di MBI di sini hari ini.

Pavithra menjadi ikon Bandaraya Ipoh yang pertama disenaraikan oleh MBI. - Foto MBI
Pavithra menjadi ikon Bandaraya Ipoh yang pertama disenaraikan oleh MBI. - Foto MBI

Rumaizi berkata, pihaknya merancang menyampaikan pengiktirafan itu pada sambutan Hari Bandaraya ke-33 yang dijangka berlangsung 27 Mei depan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu Rumaizi berkata, MBI akan memperkenalkan pakej pelancongan di kawasan segi tiga pelancongan Ipoh.

“Kawasan itu melibatkan Gunung Lang, Taman DR Seenivasagam dan Ipoh Padang serta sekitar Pekan Lama Ipoh dan dipanjangkan ke Masjid Paloh/ Kampung Kuchai.

“Lembah Kinta terkenal dengan Geopark dan Ipoh terletak di tengah kawasan ini yang berpotensi untuk dimajukan sebagai tapak pelancongan hingga ke luar negara seperti Bandaraya Melaka,” katanya.

Sementara itu, Pavithra ketika ditemui terharu dengan pengiktirafan itu dan mengucapkan penghargaan kepada MBI serta semua yang menyokongnya.