Warga Indonesia dalang sindiket dokumen palsu

Baharuddin ( dua dari kiri) menunjukkan dokumen dan keputusan makmal ujian saringan Covid- 19 yang dipalsukan sindiket pada sidang akhbar di Kompleks KDN Johor di Setia Tropika, Johor Bahru hari ini
Baharuddin ( dua dari kiri) menunjukkan dokumen dan keputusan makmal ujian saringan Covid- 19 yang dipalsukan sindiket pada sidang akhbar di Kompleks KDN Johor di Setia Tropika, Johor Bahru hari ini
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Johor menahan empat warga Indonesia yang disyaki terlibat sindiket pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), i-kad dan keputusan makmal ujian saringan koronavirus (Covid- 19).

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, kesemua suspek ditahan dalam Op Serkap di sebuah rumah Taman Senai Jaya, Senai pada jam 12 tengah kelmarin.

Menurutnya, seorang lelaki dikenali sebagai Bagas berusia 38 tahun dipercayai dalang utama sindiket itu bersama isterinya berusia 35 tahun, manakala seorang lagi lelaki dipercayai pelanggan serta seorang wanita yang juga penghuni rumah terbabit.

Katanya, Bagas ditahan bersama 11 pasport Indonesia yang masih sah laku, empat pasport yang sudah tamat tempoh dan 18 keping i-kad pembinaan berwarna kelabu serta pembuatan (merah) yang dikeluarkan Imigresen.

"Turut dirampas adalah 23 keputusan makmal ujian Covid-19 dari sebuah hospital swasta dan satu perekat PLKS serta sebuah komputer riba dan mesin cetak dipercayai digunakan bagi aktiviti pemalsuan dokumen tersebut.

"Kita mengesyaki sindiket ini sudah lama beroperasi terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan apabila sebahagian besar dokumen yang dipalsukan melibatkan bidang pembinaan," katanya sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri ( KDN) Johor di Setia Tropika di sini hari ini.

Keputusan makmal ujian saringan Covid- 19 yang dipalsukan sindiket didalangai warganegara Indonesia.
Keputusan makmal ujian saringan Covid- 19 yang dipalsukan sindiket didalangai warganegara Indonesia.

Menurut Baharudin, warga Indonesia yang ingin mendapatkan khidmat pemalsuan i-kad dan keputusan makmal bagi ujian saringan Covid-19 perlu membayar RM120 hingga RM250 kepada sindiket itu.

"Hasil siasatan mendapati Bagas mempunyai permit kerja dalam sektor binaan dan masih sah sehingga kini. Sindiket ini menyasarkan warga Indonesia kerana pemeriksaan mendapati hanya dokumen berkaitan warganegara terbabit sahaja yang ditemui.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua ditahan mendapat perintah reman selama 14 hari untuk disiasat di bawah Seksyen 55 dan Seksyen 56 Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Sebahagian i-kad yang dirampas dari sindiket pemalsuan dokumen didalangi warganegara Indonesia.
Sebahagian i-kad yang dirampas dari sindiket pemalsuan dokumen didalangi warganegara Indonesia.