X

Kindly register in order to view this article
!

Seludup 11,234kg dadah melalui kurier

Johari (depan, dua dari kiri) pada sidang media di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelana Jaya hari ini. - Foto Bernama
A
A

PETALING JAYA - Sindiket dadah antarabangsa dikesan menghantar sedikit demi sedikit dadah sejak Januari lalu yang ingin diseludup masuk ke negara ini menggunakan perkhidmatan kurier bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Johari Alfiah berkata, pihaknya berjaya merampas 115 bungkusan mengandungi 11,234kg dadah bernilai RM280,265 yang cuba diseludup masuk melalui Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurutnya, terbaharu, Kastam berjaya mengesan ganja seberat 224.3 gram dianggarkan bernilai RM4,565 dalam bungkusan itu diikrar sebagai pakaian, beg vakum, alat solek, permainan video dan penyambung rambut cenderahati itu yang dihantar secara berperingkat bermula 1 hingga 15 Julai lalu.

"Ahli sindiket yang dipercayai berpangkalan di sebuah negara di Eropah itu dikesan cuba menghantar dadah menggunakan pengirim berbeza dipercayai untuk kegunaan sendiri.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39(1)(B) akta sama," katanya pada sidang media di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah di Kelana Jaya di sini semalam.

Dalam kes berasingan, Johari berkata, pihaknya merampas syabu, ketamin dan ekstasi dianggarkan bernilai RM244,995 menerusi serbuan di sebuah premis di Dataran Ocean, Lebuh Gopeng, Klang.

"Kami menemui syabu seberat 3.5kg dianggarkan bernilai RM195,195, ketamin seberat 0.555 kg bernilai RM27,750 serta 735 pil ekstasi berjumlah RM22,050.

"Dalam kes ini, tiga warga asing termasuk dua wanita berusia antara 30 hingga 40 tahun ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Sindiket ini dipercayai berselindung di sebalik rumah pekerja yang didiami penghuni berlainan jantina bagi mengaburi mata pihak berkuasa untuk menjalankan aktiviti pengedaran dadah bagi pasaran tempatan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!