Tuntutan satu pertiga kerusi di Parlimen wajar dibahas

Lukanisma Awang Sauni - Foto sumber internet
Lukanisma Awang Sauni - Foto sumber internet
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tuntutan satu pertiga daripada keseluruhan 222 kerusi di Parlimen oleh Sabah dan Sarawak wajar dibahaskan di Dewan Rakyat.

Lukanisma Awang Sauni (GPS- Sibuti) berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan semua pihak menilai rasionalnya permintaan itu dibuat.

"Saya melihat beberapa minit lepas di portal Sinar Harian seramai lebih hampir 9,000 undian telah dibuat tentang adakah wajar kerajaan Sarawak menuntut kerusi satu pertiga di Parlimen.

"Saya melihat respons kebanyakan netizen di Facebook amat negatif dan ini adalah merupakan gambaran sebenar bagaimana rakyat Malaysia melihat Sabah dan Sarawak," katanya ketika membahaskan Titah Diraja pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dilaporkan berkata, negeri itu akan terus memperjuangkan haknya dalam mendapatkan semula peruntukan satu pertiga daripada keseluruhan 222 kerusi di Parlimen.

Katanya, ia penting bagi negeri itu untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan serantau selepas Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada 1965.

Ketika ini Sarawak dan Sabah masing-masing mempunyai 31 dan 25 ahli Parlimen.

Artikel Berkaitan: