Sultan Selangor murka, dukacita

Sultan Sharafuddin Idris Shah - Foto Bernama
Sultan Sharafuddin Idris Shah - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin di dinding bangunan kedai di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 hari ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Istana Alam Shah, baginda bertitah, contengan kata-kata kesat di atas lukisan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah serta beberapa pemimpin lain sebagai perbuatan yang sangat biadab.

"Beta juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di Selangor apatah lagi beta amat menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya.

"Beta berpandangan kejadian ini bukan dilakukan oleh orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian," titah baginda.

Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat kejadian conteng mural Agong, wira negara

MBSA cat semula mural pemimpin negara diconteng

Artikel Berkaitan: