Ini sebab Orang Asli pilih BN

A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Orang Asli menyokong BN bukan semata-mata kerana jasa parti itu selama ini.

Tok Batin Pos Menson, Zamani Bah Tuin berkata, sejak dulu jiwa mereka sudah sebati dengan parti itu.

"(Kenapa sokong BN? Sebab banyak jasa?) Jasa ya juga tapi sebab dari dulu jiwa dah sebati. Suara jahat kurang sedikit.

"Orang boleh cakap apa-apa sahaja (tarik sokongan) tapi saya nak tengok bukti," katanya kepada Sinar Harian.

Pos Menson didakwa sebagai salah satu kubu kuat BN di kawasan ini lebih-lebih lagi calon BN, Ramli Mohd Nor berasal dari perkampungan tersebut.

Zamani turut menegaskan meski tinggal di kawasan perkampungan namun peningkatan kos sara hidup itu turut dirasai.

"Ada ke mereka buat turun harga? Kami duduk di kampung tak terasa sangat tapi bila sesekali nak beli barang terasa juga.

"Saya sendiri pergi bandar sekarang RM100 habis. Dulu RM50 pun tak habis," katanya.

Artikel Berkaitan:

Najib bersama Rahim (kiri) ketika berkempen di Kampung Terisu, Cameron Highlands, baru-baru ini.
Najib bersama Rahim (kiri) ketika berkempen di Kampung Terisu, Cameron Highlands, baru-baru ini.



Ketika diminta mengulas soal Ramli yang bertanding dalam pilihan raya buat pertama kali, Zamani akui tumpang merasa bangga.

"Kalau ikut sebagai anak tempatan yang memang bangga.

"Tak boleh nak salahkan orang yang tak kenal dia terutama yang duduk kampung lain sebab mereka memang tak kenal dia kan," katanya.

Katanya, Ramli sering menguar-uarkan mana-mana kerja kosong di luar kawasan untuk membantu anak-anak di kampung itu.