'Gaji saya RM8,000 sahaja'

Tajuddin Abdul Rahman - Foto Bernama
Tajuddin Abdul Rahman - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa gaji yang diterimanya setiap bulan sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ialah RM8,000.

Beliau membuat penjelasan tersebut sebelum memulakan perbahasan Titah Diraja bagi memperbetulkan fakta 'salah' yang dibuat Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) sebelum itu.

"Datuk Yang Dipertua, sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya ingin memperbetulkan apa yang dibangkitkan Johor Bahru (Akmal Nasrullah).

"Ini fitnah, tuduhan dan tohmahan yang berat. Saya selaku Pengerusi Prasarana, (gaji) RM8,000 sahaja," katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, tuduhan Akmal bahawa kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang besar setiap bulan bagi membayar gaji pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mencecah sehingga RM50,000 sebulan tidak berasas.

Terdahulu, Akmal Nasrullah pada sesi perbahasan sama mendakwa kerajaan terpaksa membayar kira-kira RM25 juta setahun bagi membayar gaji pengerusi GLC.

Katanya, ia berikutan kira-kira 50 lantikan politik dalam GLC menerima purata gaji RM50,000 sebulan tidak termasuk elaun.

Artikel Berkaitan: