Helah terjun paya gagal

Anggota AADK menahan sembilan individu dalam operasi semalam. Foto AADK
Anggota AADK menahan sembilan individu dalam operasi semalam. Foto AADK
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang penagih dadah yang terjun ke dalam paya bagi mengelakkan diri ditangkap gagal selepas anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menahannya di Kampung Kilang Makau, semalam.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori berusia 42 tahun itu dipercayai sedang menghisap dadah sebelum terkejut dengan kehadiran anggota AADK itu.

"Hasil saringan air kencing menunjukkan lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine dan morphine," katanya.

Selain itu katanya, operasi yang dilakukan ke Flat Paya Nahu menahan tiga lelaki yang turut dikesan positif dadah jenis methamphetamine dan morphine.

"Polis turut melakukan operasi di sekitar Sungai Petani dan Bedong bermula jam 2 petang hingga 11.30 malam itu dan menahan lima lagi individu berusia antara 24 hingga 50 tahun.

Hasil saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis morphine.

Kesemua yang ditahan akan disiasat bawah Seksyen 3 (1 ) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

Artikel Berkaitan: