Lelaki terjun jambatan ditemukan lemas

Mayat lelaki yang dipercayai terjun dari jambatan di Parit Warijo, Sri Medan, Yong Peng semalam ditemui pagi tadi.
Mayat lelaki yang dipercayai terjun dari jambatan di Parit Warijo, Sri Medan, Yong Peng semalam ditemui pagi tadi.
A
A
A

KLUANG - Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri hilang selepas terjun dari jambatan di Parit Warijo, Sri Medan, Yong Peng di sini semalam ditemui pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Penolong Pengusaha Bomba Othman Mohd Baher berkata, mayat Lim Yong Lee, 38, ditemui pada jam 8.10 pagi.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disertai 17 anggota dari BBP Yong Peng, BBP Kluang, BBP Tebrau dan BBP Batu Pahat menemui mayat lelaki tersebut pada jarak satu kilometer dari lokasi mangsa hilang.

"Operasi hari ini tamat pada jam 11.09 pagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian jam 9.15 malam semalam, penduduk melihat lelaki tersebut terjun dari jambatan berkenaan dan tidak timbul-timbul lagi selepas itu.

Berikutan itu, bomba dibantu satu utiliti lori Hicom, dua utiliti Hilux, dua bot, satu jentera Light Fire rescue Team (LFRT) dan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki hilang selepas terjun sungai

Artikel Berkaitan: