Erdogan lawat Hagia Sophia secara mengejut

Presiden Tuki, Recep Tayyip Erdogan (tengah) melambaikan tangan selepas melawat bangunan Hagia Sophia pada 19 Julai lalu. - Foto AFP
Presiden Tuki, Recep Tayyip Erdogan (tengah) melambaikan tangan selepas melawat bangunan Hagia Sophia pada 19 Julai lalu. - Foto AFP
A
A
A

ISTANBUL - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membuat lawatan mengejut ke Hagia Sophia pada Ahad lalu, beberapa hari sebelum umat Islam dijadualkan mengerjakan solat Jumaat berjemaah pada 24 Julai ini selepas ikon unik itu dijadikan sebuah masjid.

Dalam satu lawatan yang dianggap sebagai pemeriksaan, Erdogan melihat kerja-kerja pengubahsuaian, kata pejabat presiden.

Diyanet iaitu pihak berkuasa agama di negara itu berkata, ikon Kristian sepatutnya dipisahkan melalui cara yang sesuai dalam bangunan tersebut.

"Sasaran kami ialah mengelakkan lukisan yang menggunakan teknik fresko dirosakkan," kata jurucakap Erdogan, Ibrahim Kalin dalam satu temu ramah televisyen pada Ahad lalu.

Masih tidak jelas sama ada Presiden Turki itu merupakan antara kira-kira 500 penganut Islam yang akan bersolat Jumaat.

Sebelum ini, Mahkamah Tertinggi Turki membuka jalan kepada kerja-kerja pengubahsuaian itu dalam satu keputusan membatalkan status muzium Hagia Sophia yang berkuat kuasa hampir seabad lalu.

Bangunan abad keenam Masihi itu dibuka kepada orang ramai tanpa mengira kepercayaan sejak ia menjadi muzium pada tahun 1935. - AFP

Artikel Berkaitan: