Polis siasat kejadian conteng mural Agong, wira negara

Mural potret Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara di U12, Shah Alam yang diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Mural potret Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara di U12, Shah Alam yang diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menconteng mural potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini tampil menyalurkannya kepada pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, tindakan awal telah diambil oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk proses lanjut.

"Setakat ini kita masih belum terima laporan daripada mana-mana pihak.

"Kita minta individu yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian tersebut tampil untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Hari ini, tular di media sosial mural memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong telah diconteng dengan cat merah.

Selain itu, potret Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga turut diconteng.

Pada 10 Julai lalu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat mural gergasi potret pemimpin negara yang diabadikan pada sebuah dinding bangunan rumah kedai.

Artikel Berkaitan: