Rais tegur perwakilan guna kata kesat

Rais Yatim
Rais Yatim
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Senator Tan Sri Dr Rais Yatim mempersoalkan kelayakan perwakilan yang sering menggunakan kata-kata kesat di Parlimen.

Beliau bukan sahaja mempersoalkan kelayakan ahli-ahli Parlimen terbabit sebagai wakil rakyat tetapi mahu rakyat membuat penilaian semula terhadap sikap pemimpin-pemimpin yang mereka pilih itu.

"Dengar dan perhatikan rakan-rakan saya. Inilah pemimpin yang kita pilih. Kita harus mengulanginya semula dengan keputusan rakyat dan Yang Dipertua (Dewan Rakyat) melalui kuasa Parlimen.

"Adakah orang-orang ini akan terus memimpin anak-anak dan generasi yang akan datang," soal Rais dalam ciapannya dan turut memuatnaik satu video pendek di Twitternya hari ini.

Video berdurasi 25 saat itu memaparkan beberapa wakil rakyat di Parlimen termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilihat menggunakan kata-kata kesat dan tidak sopan yang sepatutnya tidak berlaku.

Artikel Berkaitan: