Tentera Israel tahan Gabenor Baitulmaqdis

Ghaith ditangkap tentera Israel lebih 17 kali sejak beliau memegang jawatan Gabenor Baitulmaqdis selain dilarang memasuki Tebing Barat
Ghaith ditangkap tentera Israel lebih 17 kali sejak beliau memegang jawatan Gabenor Baitulmaqdis selain dilarang memasuki Tebing Barat
A
A
A

RAMALLAH - Tentera Israel pada Ahad menahan Gabenor Baitulmaqdis, Adnan Gaith, lapor agensi berita Jordan memetik kenyataan Persatuan Tahanan Palestin.

Kenyataan itu berkata, tentera rejim zionis menahan Ghaith di rumahnya di kejiranan Silwan, menurut laporan Petra.

Ghaith ditangkap tentera Israel lebih 17 kali sejak beliau memegang jawatan Gabenor Baitulmaqdis selain dilarang memasuki Tebing Barat. - Bernama

Artikel Berkaitan: