Kerajaan tetap komited dapatkan semula aset 1MDB

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan tetap memberi keutamaan dan komited untuk mendapatkan semula aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara berkesan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dalam usaha menzahirkan objektif tersebut, kerajaan telah mengambil tindakan proaktif merentasi pelbagai negara dan organisasi.

Katanya, dengan diketuai Jabatan Peguam Negara, kerajaan juga sedang mengadakan perbincangan dan rundingan dengan pelbagai organisasi antarabangsa termasuk Goldman Sachs Group Inc.

"Minggu ini, perwakilan kanan dari Goldman Sachs Group Inc telah hadir ke Malaysia untuk meneruskan perbincangan dan rundingan dengan kerajaan.

"Kerajaan berharap perbincangan ini akan membuahkan hasil dan membolehkan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenai pemulangan aset 1MDB kepada Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, apa yang lebih penting adalah komitmen penuh kerajaan untuk memastikan pemulangan aset 1MDB kepada Malaysia.

"Kerajaan berusaha mengambil pelbagai tindakan dan langkah untuk memastikan nilai pemulihan yang adil dan wajar bagi rakyat Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan: