Lelaki tetak anjing didenda RM7,000

Tertuduh keluar dari mahkamah selepas prosiding hari ini.
Tertuduh keluar dari mahkamah selepas prosiding hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki didenda RM 7,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah menetak seekor anjing betina sehingga cedera di belakang sebuah bengkel Januari tahun lalu.

Orang Kena Saman (OKS), Amir Abd Salim Meor Lope, 52, mengaku salah bagi pertuduhan pilihan itu di hadapan Hakim Manira Mohd Nor dan jika gagal membayar denda, dia boleh dikenakan hukuman empat bulan penjara.

Mengikut kertas pertuduhan, Amir didakwa melakukan kesalahan menyebabkan kesakitan yang tidak sepatutnya kepada seekor anjing di belakang bengkel tidak bernombor, Jalan Miri Taman Beringin Jinjang Utara 52000 Kuala Lumpur di antara 4 hingga 5 Januari 2019.

Oleh yang demikian, OKS boleh didakwa di bawah Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 (Akta 647) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 44(1) akta yang sama (Pindaan 2013).

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

Peguam Chris A Chong yang mewakili Amir berkata, pihaknya bersama OKS dan pihak pendakwaan bersetuju dengan kesediaan OKS untuk membayar denda RM7,000.

Pegawai Pendakwa, Jabatan Veterinar Wilayah Persekutuan, Hasiah Musa juga tidak membantah cadangan pihak pembelaan dan mengesahkannya.

OKS membayar denda berkenaan selepas selesai prosiding itu.

Artikel Berkaitan: