Bekas Menteri Pertahanan Saddam Hussein mati di penjara

Hashim menderita pelbagai penyakit kronik sejak beberapa tahun lalu.
Hashim menderita pelbagai penyakit kronik sejak beberapa tahun lalu.
A
A
A

BAGHDAD - Sultan Hashim, bekas Menteri Pertahanan yang berkhidmat ketika era pentadbiran Saddam Hussein meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah penjara pada Ahad, lapor agensi berita Anadolu.

"Bekas Menteri Pertahanan, Sultan Hashim meninggal malam ini di penjara al-Hoot," kata Qasim as-Saadi, pembantu kesihatan di Jabatan Kesihatan Dhi Kar.

Hashim menderita pelbagai penyakit kronik sejak beberapa tahun lalu, kata pegawai itu.

Dilahirkan pada 1944, Hashim antara tokoh terkemuka era Saddam dan menyertai semua peperangan dilalui Iraq sejak 1980-an termasuk perang Iraq-Iran serta perang Teluk pertama dan kedua.

Beliau juga mengetuai delegasi Iraq semasa rundingan gencatan senjata dengan pasukan gabungan antarabangsa pada 1991 setelah pencerobohan Saddam di Kuwait pada 1990.

Berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan antara 1995-2003, beliau dikehendaki Amerika Syarikat dan menyerah diri pada 2003.

Beliau dijatuhi hukuman mati pada 2007 tetapi tidak dilaksanakan kerana mendapat tentangan pihak berkuasa Iraq. - Bernama

Artikel Berkaitan: