Arab Saudi lapor 39 kematian baharu Covid-19

Sebanyak 39 kematian baharu Covid-19 dilaporkan di Arab Saudi pada Ahad, menjadikan jumlah kes sehingga kini 2,486. Foto: 123RF
Sebanyak 39 kematian baharu Covid-19 dilaporkan di Arab Saudi pada Ahad, menjadikan jumlah kes sehingga kini 2,486. Foto: 123RF
A
A
A

AMMAN - Sebanyak 39 kematian baharu Covid-19 dilaporkan di Arab Saudi pada Ahad, menjadikan jumlah kes sehingga kini 2,486, lapor agensi berita Jordan (Petra).

Menurut laporan itu, jumlah jangkitan mencecah 250,920 selepas 2,504 lagi kes baharu dicatatkan.

Jumlah kes aktif sebanyak 50,699 menyaksikan sejumlah 2,180 daripadanya dalam keadaan kritikal, sementara kes sembuh mencecah 197,735, dengan 3,517 pesakit pulih, kata Kementerian Kesihatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: