X

Kindly register in order to view this article
!

Pemain Real Madrid boleh berehat

Zinedine Zidane
A
A

PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane membenarkan kesebelasan pemainnya untuk berehat seketika sebelum aksi kedua peringkat 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) berdepan Manchester City di Etihad, bulan 8 Ogos depan.

Namun menurut Zidane, tempoh berehat itu bukannya tempoh ‘bercuti’ bagi skuad Los Blancos itu, tetapi lebih untuk bertenang sebelum kembali beraksi berdepan The Citizens di gelanggang lawan.

Menurutnya lagi, tempoh berkenaan akan dimanfaatkan sebaiknya bagi mengadakan persiapan terbaik sebelum beraksi kelak.

"Ia bukan satu percutian untuk kami. Tetapi sekarang, kami tidak mahu fikirkan tentang City.

“Kami cuma mahu memutuskan hubungan seketika, dan kemudian barulah kami akan ada masa untuk memikirkannya dan rasanya kami akan ada masa 10 hingga 15 hari untuk itu (berfikir),” katanya.

Untuk rekod, Real Madrid tewas 1-2 pada aksi pertama di Santiago Barnabeu 27 Februari lalu dan ini membuatkan Zidane mahu membuat persiapan rapi menjelang perlawanan berkenaan.

Katanya, kesebelasan pemain telah berusaha keras selama ini hingga menyaksikan Real Madrid berjaya menjulang trofi La Liga musim ini.

"Kami akan tetap berjuang sehingga ke penghujungnya, tetapi sekarang bukan masanya untuk memikirkan tentang perlawanan itu.

“Ia adalah masa untuk berehat, bertenang dan mengumpul semula tenaga dalam tempoh rehat selama empat hingga lima hari ini tanpa sebarang tekanan atau kebimbangan,” katanya.

Sementara itu Zidane enggan berkata, dia enggan menyalahkan kesebelasan pemainnya apabila sekadar terikat 2-2 ketika berdepan Leganes di Butarque semalam, bagi aksi terakhir La Liga musim ini.

“Pemain kita jelas tidak mempamerkan aksi terbaik mereka dalam perlawanan ini, tetapi biarpun tidak memenangi perlawanan itu, kita juga tidak tewas.

“Musim ini adalah musim yang hebat dan kami gembira kerana berjaya memenanginya (La Liga),” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!