Lelaki maut kereta terbabas langgar pembahagi jalan

Pasukan bomba memgeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran lapangan terbang lama awal pagi ini.
Pasukan bomba memgeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran lapangan terbang lama awal pagi ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran lapangan terbang lama awal pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan menerima panggilan kecemasan itu pada jam 2.39 pagi.

Komander Operasi, PBK II K Mohan berkata, kereta jenis Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 30-an itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan hingga menyebabkan besi pembahagi jalan menembusi kereta.

"Mangsa yang berseorangan dalam kereta tersepit di kerusi pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.20 pagi selepas mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: