Bapa selamatkan anak diserang jerung

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SYDNEY - Seorang bapa bertindak sebagai hero apabila terjun ke laut bagi menyelamatkan anaknya yang ditarik oleh seekor jerung dari bot yang dinaiki mereka, lapor ABC News semalam.

Bapa dan anak lelaki berusia 10 tahun itu dilaporkan telah menaiki bot nelayan bersama dua orang lagi lelaki di pantai Tasmania, Australia ketika haiwan itu tiba-tiba melompat dan menggigit lengan kanak-kanak tersebut dan menariknya ke dalam laut.

Seorang saksi, Ben Allen berkata, keadaan itu berlaku begitu pantas dan bapa kanak-kanak tersebut terus terjun ke laut sebaik sahaja menyedarinya.

Tindakan beraninya itu berjaya menakutkan jerung tersebut dan menyelamatkan anaknya, bagaimanapun kanak-kanak itu mengalami luka parah di lengan, dada dan kepala.

Difahamkan kanak-kanak tersebut kemudian dikejarkan ke Hospital Launceston dan kini berada dalam keadaan stabil.

Menurut pihak berkuasa, pihaknya masih belum dapat mengesahkan spesis jerung yang menyerang kanak-kanak tersebut- Agensi

Artikel Berkaitan: