Wujudkan Tabung Amanah Nelayan

Norhizam ketika melihat salah sebuah bot nelayan yang rosak akibat ribut, semalam.
Norhizam ketika melihat salah sebuah bot nelayan yang rosak akibat ribut, semalam.
A
A
A

ALOR GAJAH - Kerajaan negeri mahu mewujudkan Tabung Amanah Nelayan dalam mengurangkan masalah birokrasi terutama bagi memberi bantuan awal kepada nelayan yang ditimpa bencana.

Exco Pertanian,Pembangunan Usahawan dan Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee berkata, usaha itu bagi memastikan kebajikan golongan berkenaan akan terus diberikan perhatian terutama ketika berdepan dengan insiden yang tidak dijangka seperti ribut dan sebagainya.

Menurutnya, penubuhan tabung berkenaan boleh dijayakan dengan menyalurkan peruntukan pampasan yang diperolehi melalui aktiviti penambakan laut bernilai RM200,000 sekali gus berfungsi sebagai 'petty cash' dalam tabung.

"Langkah ini akan memudahkan lagi bantuan untuk disalurkan kepada nelayan melalui kerajaan negeri tanpa perlu mendapat pengesahan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan bantuan terutama apabila ditimpa bencana.

"Hal ini akan saya usulkan dalan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam masa terdekat ini bagi membela nasib nelayan," katanya.

Norhizam berkata demikian kepada pemberita selepas turun padang melihat beberapa bot nelayan rosak di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah LKIM negeri, Rosli Mustapa dan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Melaka Barat, Sukri Abadi.

Dalam perkembangan lain, Norhizam yang juga Adun Pengkalan Batu berkata, sebanyak lima bot pancung dan sebuah tongkang menghadapi kerosakan dalam kejadian ribut di jeti terbabit awal pagi semalam.

Artikel Berkaitan:

"Antara kerosakan yang dihadapi nelayan termasuk lantai bot yang terkopek, enjin tersangkut, pukat serta pelbagai lagi kerosakan lain dan mereka yang terlibat menerima bantuan awal sebanyak RM200 daripada Persatuan Nelayan negeri," katanya.