Polis rampas dadah RM112,720 di bilik hotel mewah

Mazlan Lazim
Mazlan Lazim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki disyaki pengedar dadah diberkas di tepi Jalan Stesen Sentral, Brickfields, di sini, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datul Seri Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 11.20 malam.

"Hasil pemeriksaan terhadap suspek, kita menjumpai dua kad akses, serangkai anak kunci kereta dan dua peket dadah disyaki jenis methamphetamine anggaran berat 103.7 gram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mazlan berkata, pihaknya kemudian menyerbu sebuah bilik hotel mewah di Jalan Stesen Sentral pada hari yang sama.

"Kita telah merampas dadah jenis methamphetamine, pil ekstasi, pil erimin 5 dan ganja yang dianggarkan bernilai RM112,720," katanya.

Beliau berkata, hasil semakan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah.

"Hasil ujian saringan awal urin ke atas suspek mendapati positif methampetamine," katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 17 Julai sehingga 23 Julai ini.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.