Gamis syor BN beri laluan Pas, Bersatu tanding di DUN Slim

Asrul Henreng
Asrul Henreng
A
A
A

IPOH - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengesyorkan Barisan Nasional (BN) memberi laluan kepada Pas atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Pengerusinya, Asrul Henreng berkata, PRK DUN Slim merupakan medan terbaik untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) membuktikan keikhlasan dan keutuhan muafakat yang dijalin antara parti di dalam gabungan tersebut.

Menurutnya, untuk rekod, BN sebelum ini mewakili koalisi Muafakat Nasional dan PN sejak piagam Muafakat Nasional dimeterai September tahun lalu.

"BN melalui MCA bertanding di Parlimen Tanjung Piai, manakala UMNO telah bertanding dan menang di Parlimen Kimanis serta DUN Chini baru-baru ini.

"Tambahan lagi sebelum piagam Muafakat Nasional termeterai, UMNO juga telah diberi laluan khususnya oleh Pas di DUN Sungai Kandis, DUN Semenyih, DUN Rantau dan Parlimen Cameron Highlands," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Justeru menurutnya, adalah wajar kerusi PRK kali ini diserahkan kepada kompenan lain sama ada kepada Pas atau Bersatu.

"Inilah masanya UMNO membuktikan semangat setiakawan dan PRK Slim yang bakal diadakan adalah medan terbaik membuktikan keutuhan kerjasama PN, gerakkan jentera sepenuhnya sebagai tanda keikhlasan ketiga-tiga parti berpakat demi kebaikan rakyat," katanya.

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, rakyat begitu mengharapkan gabungan itu terus kukuh dan utuh untuk manfaat serta kesejahteraan kepada negara.

Artikel Berkaitan: