Covid-19: 15 kes baharu, satu kematian direkodkan

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas mencatat satu angka semalam, kes baharu koronavirus (Covid-19) di Malaysia kembali kepada dua angka hari ini dengan 15 kes baharu dilaporkan membabitkan empat kes import dan 11 penularan tempatan.

Sementara itu, satu kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 123 kes.

Kali terakhir kes kematian dilaporkan di negara ini adalah pada 11 Julai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 8,779, manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan 103 kes.

“Empat kes import mendapat jangkitan di luar negara melibatkan dua warganegara dan dua bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja dan pasangan kepada rakyat Malaysia. Empat kes import itu dari United Kingdom (dua kes), India (satu) dan Libya (satu).

“Daripada 11 kes penularan dalam negara, lapan kes adalah dalam kalangan warganegara dan tiga kes bukan warganegara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berkenaan kes penularan tempatan melibatkan rakyat Malaysia, Dr Noor Hisham menjelaskan, terdapat lima kes di Sarawak dan masing-masing satu di Selangor, Sabah serta Johor. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: