Rosak akibat banjir lumpur

Keadaan dalam bilik asrama dan barangan yang musnah akibat banjir lumpur tersebut.
Keadaan dalam bilik asrama dan barangan yang musnah akibat banjir lumpur tersebut.
A
A
A

RAUB - Banjir kilat malam tadi mengakibatkan banyak barang keperluan dan perabot di Pusat Pendidikan Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Islam As-Sakinah (Madinah) di Ulu Jeruas, dekat Sega rosak teruk.

Penasihat pusat tahfiz itu, Mohd Shahrizan Md Isa berkata, kejadian itu disedari selepas Subuh kerana pelajar tidak berada di asrama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

Menurutnya, pusat tahfiz yang menempatkan 20 pelajar sejak dibuka tiga tahun lalu itu dipenuhi kesan lumpur dan barang berselerak.

Kakitangan sedang mengemas dan membersihkan keadaan di Pusat Pendidikan Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Islam As-Sakinah di Ulu Jeruas.
Kakitangan sedang mengemas dan membersihkan keadaan di Pusat Pendidikan Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Islam As-Sakinah di Ulu Jeruas.

Tambahnya, keadaan itu berlaku mungkin disebabkan hujan lebat malam semalam dan ia merupakan kejadian kali kedua selepas kali terakhir pada 2017 lalu.

"Jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM100,000 dan buat masa ini kami memerlukan sumbangan orang ramai untuk membaiki dan mendapatkan keperluan baharu terutama peralatan pelajar," katanya.

Mohd Shahrizan (tiga dari kiri) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Zuridan Daud (kanan) membuat tinjauan di pusat pendidikan terbabit hari ini.
Mohd Shahrizan (tiga dari kiri) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Zuridan Daud (kanan) membuat tinjauan di pusat pendidikan terbabit hari ini.

Mereka yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank (556244010666) dan CIMB(8602959570) atas nama pusat terbabit.

Artikel Berkaitan: