Lancar semula Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

Mohd Redzuan (dua, kanan) menyampaikan Dana Bantuan Khas Covid-19 @ Ecer kepada penerima Muhammad Ismail (dua dari kiri) pada Sesi Libat Urus kali ketiga bersama pihak berkepentingan (kerajaan, NGO dan koperasi) di Hotel Perdana Kota Bharu hari ini.
Mohd Redzuan (dua, kanan) menyampaikan Dana Bantuan Khas Covid-19 @ Ecer kepada penerima Muhammad Ismail (dua dari kiri) pada Sesi Libat Urus kali ketiga bersama pihak berkepentingan (kerajaan, NGO dan koperasi) di Hotel Perdana Kota Bharu hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan akan melancarkan semula Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang dijangka disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, pelancaran itu penting apabila jumlah individu yang berada dalam kelompok Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) meningkat dan membimbangkan.

Katanya, jurang pendapatan antara daerah dan negeri ketara dan kita perlu bekerja keras untuk merapatkannya.

“Selepas pelancaran oleh Perdana Menteri sebelum ini, wawasan ini tidak digerakkan dengan segera

tiada pendedahan kepada masyarakat umum. Itu kelemahan yang perlu diperbaiki kerana kita mahu rakyat tahu hala tuju kerajaan dalam konteks pembangunan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Sesi Libat Urus kali ketiga bersama pihak berkepentingan (kerajaan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan koperasi) Kelantan di Hotel Perdana di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan dana Bantuan Khas Koronavirus (Covid-19) @ Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) berjumlah RM3,000 kepada lima peladang kontrak yang mengusahakan herba Tongkat Ali di Kuala Krai yang terjejas.

Mohd Redzuan berkata, agensi dan penggerak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan wawasan ini adalah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju); Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) dan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (Sepadu).

Artikel Berkaitan:

“Hari ini Sesi Libat Urus diadakan untuk memperbaiki dasar yang perlu kita wujudkan bagi mencapai WKB 2030," katanya.

WKB 2030 ialah iltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan.

Iltizam itu diteruskan ke arah mengukuhkan kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran negara serta memastikan rakyat bersatu tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa.