Apa kaitan Sarawak dengan Hospital di Cheras?

Chong Chieng Jen - Foto theborneopost.com
Chong Chieng Jen - Foto theborneopost.com
A
A
A
KUCHING - Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen meminta Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi penjelasan kepada rakyat negeri ini kenapa kerajaan negeri Sarawak melabur dalam projek pembinaan sebuah hospital pakar kanak-kanak di Cheras, Kuala Lumpur.

Chieng Jen berkata beliau mendapat laporan daripada Kementerian Kewangan persekutuan bahawa pembinaan hospital itu melibatkan pelaburan berjumlah RM600 juta dan merupakan projek usaha sama antara Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak dan sebuah syarikat swasta, Zecon Berhad.

“Tiada sebab bagi kerajaan negeri untuk membuat pelaburan itu serta terlibat dengan pembinaan hospital di luar Sarawak, tetapi pada waktu yang sama bersungut tentang kemudahan perubatan yang rendah standardnya di Sarawak,” kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menyentuh perkara berasingan, Chieng Jen, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata Sarawak tidak boleh terus menjadi negeri pembangkang bagi mengelaknya daripada terus ketinggalan dari segi pembangunan dan penyaluran manfaat kebajikan daripada kerajaan persektuan kepada rakyat negeri ini.
Artikel Berkaitan: