Cincin di jari manis bawa derita

Anggota bomba membantu memotong cincin yang tersekat di jari manis seorang wanita di BBP Muar, Johor hari ini.
Anggota bomba membantu memotong cincin yang tersekat di jari manis seorang wanita di BBP Muar, Johor hari ini.
A
A
A

MUAR - Seorang wanita terpaksa meminta bantuan anggota bomba selepas cincin di jari manis kanannya tersangkut dan gagal ditanggalkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Jefri Jamal berkata, kejadian dilaporkan pada jam 10 pagi.

"Sarimah Salleh, 44, sebelum ini cuba mengeluarkan cincin itu tetapi tidak berjaya. Dia kemudian datang ke BBP Muar memohon bantuan memotong cincin yang tersangkut di jari manis tangan sebelah kanan.

"Tangan mangsa pada masa itu sudah membengkak. Empat anggota membantu memotong cincin itu menggunakan alat khas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tersebut selesai pada jam 10.20 pagi.

Artikel Berkaitan: