Bersatu Blackout tak iktiraf calon menang tanpa bertanding

Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir
A
A
A

ALOR SETAR - Kumpulan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Blackout mendakwa mereka tidak mengiktiraf kemenangan calon yang menang tanpa bertanding pada Pemilihan Bersatu yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) minggu lalu.

Bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang merupakan salah seorang ahli kumpulan terbabit berkata, tindakan Bersatu menggugurkan ahli yang bertanding pada pemilihan parti disebabkan menyokong kumpulan Bersatu Blackout sebagai melangkaui keputusan mahkamah.

"Tindakan parti menggugurkan nama-nama kami sebagai calon pemilihan parti merupakan satu penghinaan kepada mahkamah yang belum membuat keputusan berhubung keahlian kami," katanya selepas program Bersatu Blackout bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sebuah hotel di sini malam semalam.

Mukhriz berkata, sebarang pengguguran calon sepatutnya dibuat selepas keputusan mahkamah pada 7 Ogos depan.

"Mereka bertindak awal tanpa menunggu keputusan mahkamah, sedangkan kami masih berhak sebagai ahli," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilihan Bersatu: Separuh calon bakal dilucut keahlian

Pada 16 Julai lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Bersatu.

Ia berdasarkan senarai calon layak bertanding pemilihan parti yang dikeluarkan JPP apabila hanya nama Muhyiddin menjadi calon tunggal bagi mengisi jawatan Presiden selepas nama Mukhriz digugurkan.

Artikel Berkaitan: