Calon SPM maut, motosikal rempuh kereta

Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah kereta di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterwoth (BORR), Butterworth awal pagi tadi.

Kemalangan yang berlaku pada jam 3.30 pagi di Kilometer 6.7 Lebuhraya BORR, Bagan Ajam itu melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z ditunggang mangsa, Mohammad Muhazzab Mohd Kamarul Baharin, 17, dan sebuah kereta jenis Honda Civic.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika kereta jenis Honda Civic yang dipandu di lorong tengah dari arah Perai ke Sungai Dua dilanggar secara tiba-tiba oleh motosikal ditunggang mangsa.

"Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu dan mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat manakala pemandu kereta yang berusia 23 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: