Tekong menyamar nelayan seludup dadah

Aminuddin menunjukkan dadah yang dirampas daripada seorang tekong yang menyamar sebagai nelayan di Tanjung Piai, Pontian pada sidang media di Ibu Pejabat APMM Johor hari ini.
Aminuddin menunjukkan dadah yang dirampas daripada seorang tekong yang menyamar sebagai nelayan di Tanjung Piai, Pontian pada sidang media di Ibu Pejabat APMM Johor hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Taktik seorang tekong tempatan menyamar sebagai nelayan untuk menyeludup dadah bagi mengaburi mata pihak berkuasa terbongkar apabila ditahan di perairan Tanjung Piai, Pontian pada Jumaat lalu.

Tekong berusia 38 tahun itu ditahan pada jam 3.30 pagi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor menerusi Op Benteng Laut.

Pengarah APMM Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, pada mulanya suspek cuba membuang beberapa tong plastik dari bot selepas menyedari dihampiri bot peronda APMM kira-kira 3.8 batu nautika tenggara Tanjung Piai.

"Anggota APMM menemui tong yang disorokkan di bawah tempat duduk tekong mengandungi beberapa bungkusan plastik serbuk kristal dipercayai syabu seberat 3.2 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM160,000.

"APMM Johor percaya dadah itu untuk diseludup keluar ke negara jiran dengan menggunakan modus operandi menyamar sebagai nelayan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat APMM Johor di sini hari ini.

Aminuddin menunjukkan lokasi tekong ditahan di Tanjung Piai, Pontian, pada sidang media di Ibu Pejabat APMM Johor hari ini.
Aminuddin menunjukkan lokasi tekong ditahan di Tanjung Piai, Pontian, pada sidang media di Ibu Pejabat APMM Johor hari ini.

Aminuddin berkata, suspek dipercayai hanya penghantar barang dan aktif melakukan kegiatan itu sejak 2012.

"Selain itu suspek mengaku dua hingga tiga minggu lalu dia berjaya melepasi kawalan perairan negara untuk membuat penghantaran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan adalah RM202,000 merangkumi dadah, bot gentian kaca berserta enjin sangkut 60 kuasa kuda dan sebuah kereta Toyota.

Aminuddin menunjukkan dadah yang dirampas dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran pada sidang media di Ibu Pejabat APMM Johor hari ini.
Aminuddin menunjukkan dadah yang dirampas dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran pada sidang media di Ibu Pejabat APMM Johor hari ini.

Pada masa sama katanya, pihak APMM turut menemukan peralatan menangkap ikan dan tong ikan yang kononnya digunakan untuk menangkap ikan.

"Hasil saringan awal air kencing suspek positif syabu dan kini ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali sebatan," katanya.

Tambahnya, beliau meminta orang ramai khasnya nelayan Johor agar terus bekerjasama dengan menyalurkan maklumat dan aduan menerusi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404.