10 lelaki ditahan dalam Op Bersepadu

Sebanyak127 motosikal, 17 kereta dan 215 individu diperiksa dalam Op Bersepadu Motosikal/Samseng Jalanan malam tadi.
Sebanyak127 motosikal, 17 kereta dan 215 individu diperiksa dalam Op Bersepadu Motosikal/Samseng Jalanan malam tadi.
A
A
A

BAYAN BARU - Seramai 10 lelaki ditahan dalam Op Bersepadu Motosikal/Samseng Jalanan yang dijalankan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS), malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, sembilan penunggang dan seorang pembonceng motosikal itu ditahan dalam operasi yang dijalankan bermula jam 11 malam hingga 8 pagi tadi.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 16 hingga 28 tahun dan ujian saringan awal air kencing mereka negatif.

"Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam operasi itu juga, kita memeriksa 127 motosikal dan 17 kereta, 215 individu selain menyita tiga buah motosikal. Motosikal yang disita disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tambahnya, sebanyak 144 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan sepanjang operasi tersebut.

Artikel Berkaitan: